Assalamualaikum.
Saban hari topik kencing tikus ataupun nama saintifiknya leptospirosis ini sering kedengaran terutamanya di tempat penulis menuntut. Ada sahabat kami telah pulang ke rahmatullah kerana penyakit ini.
Al-Fatihah.
Ramai yang bertanya apa sebenarnya penyakit ini dan mengapa boleh menyebabkan kematian. Oleh itu izinkan saya untuk mengupas secara ringkas mengenai penyakit ini.
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira spp. Bakteria ini menjangkiti manusia melalui air kencing haiwan yang mengandungi bakteria ini selagi mana air kencing itu masih dalan keadaan lembap. Walaupun tikus merupakan pembawa utama , haiwan lain seperti anjing, kambing dan lembu juga boleh menjadi pembawa sekiranya haiwan itu terjangkit dengan air kecing tikus yg bertidak sebagai pembawa utama.
Manusia boleh dijangkiti sekiranya termakan makanan yang dicemari oleh bakteria ini. Selain itu jangkitan juga boleh berlaku dengan sentuhan pada kulit.
Mereka yang selalu bergelumang dengan air tercemar merupakan golongan yang berisiko tinggi.
Tanda- tanda leptospirosis:
Demam
Sakit kepala
Kesejukan
Sakit otot
Muntah
Sakit bahagian abdomen
Cirit-birit
Kekuningan
Jangkitan selaput otak
Sentiasa penat
Kesukaran bernafas
Kehilangan pendengaran
Sekiranya anda berada dalam risiko tinggi serta mempunyai tanda-tanda bolehlah pergi ke pusat kesihatan yang terdekat.
Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan berusaha mengelakkan risiko namun ajal maut dan sakit itu semuanya ketentuan Allah SWT.
Sampai sini sahaja untuk kali ini. Andai ada persoalan boleh terus hubungi kami .
Maaf andai ada apa-apa kesilapan.