Artikel ringkas pertama yang bakal saya kongsikan adalah berkenaan Diabetes Mellitus ataupun lebih dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai Kencing Manis. Jelas dan nyata tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyakit ini merupakan salah satu daripada penyakit yang menjadi ancaman kepada masyarakat atas pelbagai sebab seperti gaya hidup dan makanan.
Apa itu Diabetes Mellitus?
Diabetes Mellitus merupakan satu sindrom di mana kandungan gula dalam badan lebih tinggi dari paras normal dan disebabkan oleh tiada insulin dihasilkan atau kurang insulin atau insulin tidak berkesan untuk mengawal paras kandungan gula dalam badan.
Paras Normal kandungan gula
Dalam keadaan berpuasa :
Kurang daripada 110 mg/dL atau 6.1 mmol/dL
Dalam keadaan biasa :
Kurang daripada 140 mg/dL atau 7.8 mmol/dL
Paras disahkan Diabetes
Dalam keadaan berpuasa :
Melebihi 126 mg/dL atau 7.0 mmol/dL
Dalam keadaan biasa :
Melebihi 200 mg/dL atau 11.1 mmol/dL
*Paras di antara normal dan disahkan menunjukkan anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit tersebut.
Adakah anda...........?
- Cepat merasa penat
- Selalu merasa dahaga
- Kerap ingin membuang air kecil
- Turun berat badan tanpa sebab
- Luka lambat sembuh
- Daya penglihatan semakin kurang
Kenapa diabetes perlu dikawal?
Diabetes perlu dikawal untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diinginkan seperti :
- Kerosakan Mata (Penglihatan)
- Kerosakan buang pinggang
- Kerosakan urat saraf yang boleh membawa kepada ulser pada luka di kaki yang seterusnya menyebabkan kaki perlu dibedah ataupun dalam bahasa masyarakat "dibuang/dipotong"
- Atherosclerosis iaitu salur darah menjadi tidak kenyal boleh membawa kepada masalah salur darah tersumbat, masalah jantung , dan juga menghalang sumber darah ke kawasan tangan dan kaki.
- Menyebabkan risiko kepada penyakit tekanan darah tinggi.
- Menyebabkan risiko kepada peningkatan kandungan kolestrol dalam darah.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
- Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman
- Bersenam
- Berhenti Merokok
- Jauhi arak
- Pastikan berat badan dalam keadaan yang optimum
Setakat ini perkongsian pada kali ini, semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. InsyaAllah pihak TAPMED akan mengupas lebih lanjut dalam isu ini. Saya bagi pihak TAPMED ingin memohon maaf seandainya ada kesalahan dalam fakta , bahasa atau apa pun kekurangan dalam artikel ringkas ini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sekian sehingga berjumpa lagi.
We Learn, We Share , We Care
No comments:
Post a Comment