Showing posts with label Health Care / Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Health Care / Kesihatan. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Pertolongan cemas (Bahagian 1)


Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. 



Objektif

  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.

Langkah Peringatan


Sebelum memberikan sebarang pertolongan cemas , sila pastikan keadaan sekeliling adalah selamat untuk anda. Hal ini bermaksud dalam proses memberi bantuan itu, keselamatan diri anda tidak terancam. Amalkan slogan "keselamatan diutamakan". Hal ini kerana kita tidak mahu menyebabkan diri anda tercedera dalam proses bantuan itu.


Contoh-contoh Keadaan serta Langkah-langkah Bantuan yang diberikan

Luka atau pendarahan

Luka yang kecil tidak memerlukan anda pergi ke hospital namun anda perlu mengelakkan luka tersebut daripada jangkitan kuman. Ikut langkah di bawah untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

  1. Hentikan pendarahan : Luka kecil selalunya akan berhenti sendiri. Sekiranya pendarahan itu tidak berhenti,  berikan tekanan pada luka tersebut dengan kain atau pembalut yang bersih selama 20- 30 minit. Sekiranya boleh tinggikan aras pendarahan tersebut daripada aras jantung. Sekiranya pendarahan tidak berhenti lagi  hantar mangsa segera ke hospital.
  2. Bersihkan kawasan luka : Bersihkan kawasan luka dengan air yang bersih jangan gunakan sabun kerana sabun boleh menambah kesakitan pada kawasan luka. Bersihkan kawasan luka itu sehingga tiada kesan kotoran serta bahan asing. Sekiranya terdapat bahan asing seperti kaca jangan dibuang kaca itu sendiri, dapatkan bantuan pakar.
  3. Sapukan antiseptic : Sapukan cecair antiseptic di kawasan luka sekiranya ada. Sebaiknya gunakan bahan yang tidak memedihkan seperti iodine, elakkan menggunakan antiseptik seperti alkohol dan dettol.
  4. Balut luka : Balut luka tersebut dengan pembalut yang bersih, jangan terlalu ketat dan terlalu longgar
Pendarahan Hidung 

Pendarahan hidung merupakan keadaan yang biasa. Selalunya tidak merbahaya walaubagaimanapun ada beberapa kes pendarahan hidung disebabkan oleh kes yang perlu dirawat.

Langkah-langkah bantuan :

  1. Duduk tegak dan tundukkan kepala kehadapan. Jangan angkat kepala kerana perbuatan ini boleh menyebabkan darah itu masuk ke dalam mulut dan menyebabkan anda tertelan darah tersebut. Seterusnya boleh menganggu perut anda.
  2. Picit hidung anda untuk memberhentikan pendarahan untuk selama 5-10 minit. Bernafas melalui mulut.
  3. Elakkan pendarahan berulang selepas pendarahan berhenti dengan mengelakkan daripada memasukkan jari kedalam rongga hidung.
Dapatkan bantuan daripada pakar sekiranya :

  1. Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit
  2. Pendarahan disebabkan kecederaan seperti jatuh, kemalangan mahupun terkena tumbukan.
Melecur/Terbakar

Untuk memberi bantuan kepada mangsa yang mempunyai kesan melecur akibat terbakar di badan. Anda perlu mengetahui tahap Melecur mangsa tersebut.

Tahap yang Ringan 

Tahap pertama 

Biasanya tahap pertama hanya pada bahagian luar kulit.

  1. Kulitnya berwarna kemerah-merahan
  2. Berlakunya pembengkakan
  3. Selalunya mangsa merasa kesakitan di kawasan itu.
Tahap kedua

Tahap kedua kulit terbakar sehingga kawasan  yang dipanggil dermis.

  1. Wujudnya kesan lepuh (blister)
  2. Kulit nampak sangat merah
  3. Kesakitan yang teramat serta pembengkakan
Tahap yang Serius

Tahap ketiga

Kawasan yang terbakar teruk sehingga ke kawasan otot dan tulang. Berwarna hitam arang (hangus)





Langkah-langkah bantuan

Tahap ringan

  1. Sejukkan kawasan yang melecur atau terbakar dengan air. Alirkan air yang bersih berterusan di kawasan yang terbakar. Jangan gunakan air batu atau cecair lain seperti ubat gigi, mentega dan lain-lain
  2. Balut kawasan tersebut dengan pembalut yang bersih
  3. Dapatkan bantuan daripada pakar.
Tahap serius

  1. Dapatkan bantuan kecemasan melalui talian kecemasan
  2. Jangan tanggalkan pakaian mangsa di kawasan yang terbakar
  3. Jangan alirkan air
  4. Periksa nadi dan pernafasan. Sekiranya tiada berikan bantuan CPR (akan diterangkan di bahagian seterusnya kerana CPR memerlukan latihan dan penerangan yang lanjut)
  5. Tutup kawasan terbakar dengan  kain yang bersih.

Sekian sahaja untuk kali ini, dengan izin Allah, saya akan mengulas lebih lanjut mengenai pertolongan cemas seperti topik CPR, tulang patah dan lain-lain lagi dengan lebih mendalam. Hal ini kerana topik-topik sedemikian memerlukan penerangan yang teliti. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan. Sekiranya ada sebarang kesalahan  atau pertanyaan diharap dapat terus hubungi kami.

Sekian Terima Kasih.

We Learn, We Share, We Care



Wednesday, January 16, 2013

Leptospirosis (Kencing Tikus)

Assalamualaikum.

Saban hari topik kencing tikus ataupun nama saintifiknya leptospirosis ini sering kedengaran terutamanya di tempat penulis menuntut. Ada sahabat kami telah pulang ke rahmatullah kerana penyakit ini.
Al-Fatihah.

Ramai yang bertanya apa sebenarnya penyakit ini dan mengapa boleh menyebabkan kematian. Oleh itu izinkan saya untuk mengupas secara ringkas mengenai penyakit ini.

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira spp. Bakteria ini menjangkiti manusia melalui air kencing haiwan yang mengandungi bakteria ini selagi mana air kencing itu masih dalan keadaan lembap. Walaupun tikus merupakan pembawa utama , haiwan lain seperti anjing, kambing dan lembu juga boleh menjadi pembawa sekiranya haiwan itu terjangkit dengan air kecing tikus yg bertidak sebagai pembawa utama.

Manusia boleh dijangkiti sekiranya termakan makanan yang dicemari oleh bakteria ini. Selain itu jangkitan juga boleh berlaku dengan sentuhan pada kulit.

Mereka yang selalu bergelumang dengan air tercemar merupakan golongan yang berisiko tinggi.

Tanda- tanda leptospirosis:

Demam
Sakit kepala
Kesejukan
Sakit otot
Muntah
Sakit bahagian abdomen
Cirit-birit
Kekuningan
Jangkitan selaput otak
Sentiasa penat
Kesukaran bernafas
Kehilangan pendengaran

Sekiranya anda berada dalam risiko tinggi serta mempunyai tanda-tanda bolehlah pergi ke pusat kesihatan yang terdekat.

Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan berusaha mengelakkan risiko namun ajal maut dan sakit itu semuanya ketentuan Allah SWT.

Sampai sini sahaja untuk kali ini. Andai ada persoalan boleh terus hubungi kami .
Maaf andai ada apa-apa kesilapan.



Monday, November 12, 2012

Appendicitis


Assalamualaikum WBT.

Hi everyone! Have you ever heard about APPENDICITIS?
I'm sure it is quite common to hear worldwide as it is the most common acute abdominal condition the surgeon is called on to treat. But, did we really know what is it all about?



Appendicitis & its pathophysiology.

  • Appendicitis is the inflammation of the appendix, which is either acute (most common) or chronic. It is associated with obstruction of the appendix, may be in the form of stool, foreign objects, tumor, or gallstone from the caecum, which enters the appendix and causing blockage
  • This stool will hardens, become a rock-like mass. When the blockage occurs, the bacteria will invade the wall of the appendix and causing inflammation.
  • Perforation or rupture of the appendix may occur if there is no treatment. This may lead to peritonitis, sepsis, and death. 
  • In Neuroimmune appendicitis:  Pain without acute inflammation, increase substance P / VIP, and non-inflammatory. 




How to diagnose?

      1. Laboratory:  - Leukocytosis with Lt. shift
                             - Total WBC count: < 10K/uL
                             - Absolute neutrophil count: < 6750/mL
                             - Hyponatremia
                             - Acidosis

      2. Radiography:  - X-rays (not specific, may shows air fluid)
                               - Calcified stone in appendiceal area
                               - CT scan and ultrasound (more accurate)

      3. Differential diagnosis:
              -Crohn's disease, Psoas abscess, Pyelonephritis, Pelvic abscess,
               ovarian/fallopian diseases, Cholecystitis, Intestinal perforation
               due to obstruction, or in male: Scrotum abscess, Hernia.


How to treat?

* Surgery : by removal of appendix by surgery OR
                 laparoscopic surgery ( less wound and risk, rapid healing)

* Fluid management is critical.


Symptoms & Scoring.

Apparently, all these things were quite complicated for non-medical practitioners to understand, so here it is. Alvorado scoring! It is usually used by the physician on the symptoms and scoring for the possibilities of appendicitis. But now you could self-diagnose yourself at home! (excluding the lab tests)  :)



You may also have


  • Dull pain near the navel or the upper abdomen that becomes sharp as it moves to the lower right abdomen. Or anywhere in the upper & lower abdomen, back, and rectum.
  • Loss of appetite
  • Abdominal swelling
  • Inability to pass gas
  • Constipation & diarrhea with gas
  • Painful urination
  • Severe cramps


So if you have most of the symptoms, quickly go get yourself checked!


We Learn, We Share, We Care

** Sorry for any inconvenience since this is my first post. :)



References: 
Robbins Basic Pathology (8th Edition)






Wednesday, October 17, 2012

Diabetes Mellitus (Kencing Manis)


Artikel ringkas pertama yang bakal saya kongsikan adalah berkenaan Diabetes Mellitus ataupun lebih dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai Kencing Manis. Jelas dan nyata tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyakit ini merupakan salah satu daripada penyakit yang menjadi ancaman kepada masyarakat atas pelbagai sebab seperti  gaya hidup dan makanan.

Apa itu Diabetes Mellitus?

Diabetes Mellitus merupakan satu sindrom di mana kandungan gula dalam badan lebih tinggi dari paras normal  dan disebabkan oleh tiada insulin dihasilkan atau kurang insulin atau insulin tidak berkesan untuk mengawal paras kandungan gula dalam badan.

Paras Normal kandungan gula

Dalam keadaan berpuasa : 

Kurang daripada 110 mg/dL atau 6.1 mmol/dL

Dalam keadaan biasa :

Kurang daripada 140 mg/dL atau 7.8 mmol/dL

Paras disahkan Diabetes

Dalam keadaan berpuasa :

Melebihi  126 mg/dL atau 7.0 mmol/dL

Dalam keadaan biasa :

Melebihi 200 mg/dL atau 11.1 mmol/dL

*Paras di antara normal dan disahkan menunjukkan anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit tersebut.

Adakah anda...........?

  1. Cepat merasa penat
  2. Selalu merasa dahaga
  3. Kerap ingin membuang air kecil
  4. Turun berat badan tanpa sebab
  5. Luka lambat sembuh
  6. Daya penglihatan semakin kurang
Andai anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, anda berisiko menghadapi penyakit kencing manis. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut dan rawatan secepat mungkin andai anda disahkan menghadapi penyakit ini.

Kenapa diabetes perlu dikawal?

Diabetes perlu dikawal untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diinginkan seperti :

  1. Kerosakan Mata (Penglihatan)
  2. Kerosakan buang pinggang
  3. Kerosakan urat saraf yang boleh membawa kepada ulser pada luka di kaki yang seterusnya menyebabkan kaki perlu dibedah ataupun dalam bahasa masyarakat "dibuang/dipotong"
  4. Atherosclerosis iaitu salur darah menjadi tidak kenyal boleh membawa kepada masalah salur darah tersumbat, masalah jantung , dan juga menghalang sumber darah ke kawasan tangan dan kaki.
  5. Menyebabkan risiko kepada penyakit tekanan darah tinggi.
  6. Menyebabkan risiko kepada peningkatan kandungan kolestrol dalam darah.
Elakkan daripada Diabetes!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

  1. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman
  2. Bersenam
  3. Berhenti Merokok
  4. Jauhi arak 
  5. Pastikan berat badan dalam keadaan yang optimum


Setakat ini perkongsian pada kali ini, semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. InsyaAllah pihak TAPMED akan mengupas lebih lanjut dalam isu ini. Saya bagi pihak TAPMED ingin memohon maaf seandainya ada kesalahan dalam fakta , bahasa atau apa pun kekurangan dalam artikel ringkas ini.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian sehingga berjumpa lagi.





We Learn, We Share , We Care